Field Trip

Masalah memuat turun Field Trip

Terdapat dua sebab anda tidak dapat memuat turun Field Trip pada peranti anda:

  1. Field Trip belum lagi tersedia di negara anda

    Pada masa ini, Field Trip hanya tersedia untuk dimuat turun di Amerika Syarikat dan United Kingdom. Kami sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membina cerita di seluruh dunia dan menjadikan Field Trip tersedia dengan lebih meluas.

  2. Field Trip tidak disokong untuk peranti anda

    Field Trip boleh didapati pada platform mudah alih yang berikut:

    Keperluan peranti yang lain:

    • Wi-Fi didayakan
    • GPS didayakan
    • Skrin sentuh
    • Bluetooth (diperlukan untuk sesetengah pilihan teks kepada pertuturan)

Tidak dapat mencari Field Trip untuk muat turun?

Perlu diingat bahawa apl yang tidak terdapat pada peranti anda (sama ada kerana peranti itu sendiri tidak disokong atau kerana tidak terdapat di negara anda) akan disembunyikan apabila anda mencari atau menyemak imbas di apl Google Play Store pada peranti anda. Jika anda berada di luar Amerika Syarikat atau peranti anda tidak memenuhi syarat-syarat yang disenaraikan di atas, anda tidak akan dapat lihat apl Field Trip dalam apl Google Play Store.

Jika anda mencari Field Trip di Google Play dalam penyemak imbas anda (play.google.com), anda akan lihat mesej ralat berikut jika Field Trip belum lagi tersedia di negara anda atau jika peranti anda tidak disokong:

Ralat semasa memuat turun

Jika anda mendapat ralat Muat turun tidak berjaya atau jika muat turun Field Trip anda tersekat di Memulakan muat turun, anda mungkin perlu melengkapkan beberapa langkah pencarisilapan asas untuk menyelesaikan isu muat turun anda.