Field Trip

Log masuk Akaun Google

Anda memerlukan Akaun Google untuk menggunakan Field Trip. Jika anda tidak mempunyai Akaun Google, anda boleh mendaftar dengan mudah.

Log masuk menggunakan Akaun Google membolehkan kami mengingati tetapan Field Trip dan menyesuaikan pengalaman anda dengan minat dan pilihan anda.

Android

Apabila anda membuka Field Trip untuk kali pertama, anda akan melihat skrin log masuk berikut. Field Trip akan menyenaraikan Akaun Google yang dikaitkan dengan peranti anda dan meminta anda memilih akaun yang anda ingin gunakan.

iOS

Apabila anda membuka Field Trip untuk kali pertama, anda akan melihat skrin log masuk berikut. Anda hanya akan diminta untuk memasukkan maklumat anda sekali dan Field Trip akan mengingati tetapan anda selepas itu.