Field Trip

Perkhidmatan lokasi pada iOS

Field Trip dijalankan di latar belakang dan kerap menyemak lokasi anda untuk memaparkan kepada anda perkara menarik yang berdekatan semasa anda bergerak ke sana-sini di dunia. Anda akan tahu yang Perkhidmatan Lokasi didayakan jika anda lihat anak panah dipaparkan dalam bar pemberitahuan di bahagian atas peranti anda.

Jika anda memilih untuk tidak berkongsi lokasi anda dengan Field Trip, tukar kekerapan pemberitahuan kepada Matikan. Anda boleh menetapkan kekerapan pemberitahuan dengan menyentuh ikon topi di bahagian atas apl.