Field Trip

Pengenalan kepada Field Trip

Field Trip ialah panduan untuk perkara yang hebat, tersembunyi dan unik di dunia sekeliling anda. Apl ini dijalankan di latar belakang pada telefon anda dan apabila anda menghampiri sesuatu yang menarik, Field Trip memaparkan kad yang mengandungi butiran mengenai lokasi tersebut - tiada sentuhan atau ketikan diperlukan. Jika anda disambungkan kepada set kepala atau bluetooth, Field Trip turut boleh membacakan segala-galanya kepada anda tanpa diminta.

Field Trip boleh didapati pada platform mudah alih yang berikut:

Field Trip memenuhi cita rasa semua orang.

  • Pakar-pakar sejarah hipertempatan Arcadia dan Historvius akan memperkenalkan tradisi tempatan di tempat yang anda tidak pernah jangkakan.
  • Penerbitan yang memulakan arah aliran seperti Thrillist, Food Network, Zagat dan Eater akan memperkenalkan tempat makan dan minum yang terbaik.
  • Para pakar di Sunset, Cool Hunting, WeHeart, Inhabitat dan Remodelista akan membawa anda ke gedung dan produk unik yang terkini.
  • Atlas Obscura dan Daily Secret akan membantu anda membongkar permata tersembunyi tidak kira di mana jua anda berada.
  • Songkick dan Flavorpill akan membawa anda menikmati muzik tempatan.

Sorotan Field Trip

  • Temui beribu-ribu tempat/pengalaman menarik yang berada di bawah kategori berikut: Seni Bina, Tempat & Peristiwa Bersejarah, Gaya Hidup, Tawaran, Makanan, Minuman & Keseronokan, Lokasi Filem, Seni Luar dan Tempat Tidak Diketahui Ramai yang menarik di sekeliling anda.
  • Pilih daripada tiga mod yang berbeza untuk menetapkan kekerapan pemberitahuan Field Trip. Lihat tempat-tempat "Field Trip" yang berbaloi dikunjungi di sekeliling anda pada peta, dengan menyentuh kad dalam paparan peta untuk memaparkan tempat menarik yang mempesonakan di sekeliling anda.
  • Jalani Field Trip semasa anda memandu. Field Trip boleh mengesan apabila anda sedang memandu dan "bercakap" tentang tempat dan pengalaman menarik di sekeliling anda secara automatik.
  • Abadikan memori tempat yang istimewa, dengan berkongsi penemuan yang menakjubkan melalui e-mel dan rangkaian sosial seperti Google+, Twitter dan Facebook.
  • Tertanya-tanya di mana permata yang anda temui baru-baru ini? Dapatkan kad Field Trip yang anda temui di bahagian Baru-baru ini.
Pada masa ini, Field Trip dioptimumkan untuk telefon, bukan tablet.